You are here: Laman Utama Profil SKM Piagam Pelanggan

KOLEZAS

Koperasi Kakitangan Lembaga Zakat Selangor Berhad

Your Shopping Cart

Your Cart is currently empty.

PIAGAM PELANGGAN

E-mail Print PDF

 

PIAGAM PELANGGAN SKM


 

 

VISI

Visi SKM ialah peneraju kecemerlangan koperasi bagi menjadikannya penyumbang berkesan kepada pembangunan Negara.

 

MISI

Misi SKM ialah :

 

  • Merangsang pembangunan koperasi supaya kompetitif, berdaya tahan,berdaya saing, progresif dan berintegriti;
  • Meningkatkan penglibatan koperasi dalam pelbagai sektor ekonomi; dan
  • Membangunkan modal insan yang kompeten dan berbudaya keusahawanan.

 

 

DASAR KUALITI

SKM bertekad untuk menyediakan perkhidmatan yang profesional, efisien dan berkualiti dalam masa yang dijanjikan, bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Proses ini melibatkan kerja berpasukan, kajian semula pengurusan dan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan.

Untuk mencapai objektif tersebut, SKM melaksanakan sistem pengurusan kualiti selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2008 di kalangan kakitangan SKM yang juga melibatkan komitmen pihak pengurusan atasan.

SKM sentiasa mengenalpasti kekurangan yang berlaku dalam organisasi serta berusaha ke arah mengatasi kekurangan tersebut dengan melaksanakan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti yang berterusan.

Semua Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri sentiasa bertanggungjawab memantau dan mengkaji prestasi di Bahagian/Negeri masing-masing dan akan mengambil tindakan penambahbaikan dengan segera sekiranya prestasi kurang daripada yang disasarkan.

Dasar kualiti disampaikan kepada warga SKM melalui kaedah-kaedah komunikasi seperti poster, mesyuarat, perbincangan dan intranet.

Dasar kualiti sentiasa disemak semula sepanjang masa supaya sesuai dengan kehendak organisasi.

 

OBJEKTIF KUALITI

Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif kualiti SKM telah ditetapkan seperti berikut:
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->
<!--[endif]-->

  1. Memastikan pendaftaran koperasi dilaksanakan dalam tempoh 28 hari bekerja dan pendaftaran pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dilaksanakan dalam tempoh 38 hari bekerja dari tarikh penerimaan Dokumen Permohonan yang lengkap dan sempurna sehingga tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi dan tarikh Sijil Perakuan Pendaftaran Pindaan Undang-undang Kecil Koperasi dikeluarkan dan diposkan kepada koperasi.
  2. Memastikan akaun koperasi yang lengkap dan sempurna diaudit dalam tempoh 55 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh Laporan Juruaudit dan tarikh Laporan Pengurusan Juruaudit ditandatangani dan diposkan kepada koperasi.
  3. Memastikan permohonan pinjaman/pembiayaan TMP-JPK yang lengkap dan sempurna diberi keputusan dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh penerimaannya sehingga tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP-JPK dan diposkan kepada koperasi.
  4. Memastikan aduan yang diterima mengenai koperasi diambil tindakan dan diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh penjelasan diterima sehingga tarikh surat aduan dijawab dan diposkan kepada pengadu.
  5. Memastikan proses pembatalan koperasi diselesaikan dalam tempoh 70 hari bekerja dari tarikh perakuan pembatalan diterima sehingga tarikh Perintah Pembatalan Koperasi oleh Pengerusi Eksekutif SKM dan diposkan kepada koperasi.

 

 

 

Last Updated ( Tuesday, 25 January 2011 13:31 )  

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday10
mod_vvisit_counterYesterday16
mod_vvisit_counterThis week71
mod_vvisit_counterLast week151
mod_vvisit_counterThis month447
mod_vvisit_counterLast month823
mod_vvisit_counterAll days146318

We have: 1 guests online
Your IP: 107.21.67.191
 , 
Today: Apr 23, 2014